Wednesday 23 February 2011

Enough

Aku pergi tanpa meninggalkan pesan..Pergi tanpa hala tujuan..Aku pergi untuk menghilangkan kenangan ku..Kenangan ku yang tak ingin aku ingati..Cukup rase kesal dan benci terhadap diri mu..aku xnk bermain dengan perasaanku ini..Aku bosan dgn tingkah laku yang menjelik kan..Bagi ku biar aku bawa diri untuk pergi..pergi dari segala derita ini..jangan carik ku lagi..mungkin aku x bisa bersama mu lagi..bersama dgn insan yang menghancuri harapan ku ini..When i said it enough..it means enough!!

Tuesday 22 February 2011

Potret

Hidup ini bagaikan sebuah potret..Disebalik potret terdapat kisah misteri..Kisah misteri yang kadang kala kite tertanya-tanya..Kisah disebalik potret yang dicalit,dilakar dengan sebatang pena...Begitu juga dengan kehidupan manusia...Kadang2 ia dilakar dengan penoh emosi..Terdapat maksud tersirat di sebalik wajahnya..
Adakah tawa,tangisan yang tersembunyi pada sebuah potret itu memberi apa2 makna??..Umpama wajah itu..adakala memberi senyum..adakala menberi tangisan..memberi reaksi kebimbangan..Aku tidak memahami seni & nilai estatika..Tapi aku percaya di sebaliknya terselindung sebuah misteri..Misteri agung yang tidak asing lagi menjelma dalam hidup ini...

Cukup sampai disini..

Pasrah dengan ape terjadi...Satu masalah yang datang buat aku cukup terasa dan tak mahu teruskan lagi..semakin aku diam,,semakin ia menjadi..Hati aku cukup bertahan sampai di sini..Bertahan dengan segala sikap2 manusia terhadap ku..letih untuk ku mengiaya kan ..dan cukup letih untuk bertahan..Biar aku pergi..pergi untuk mencari posisi..pergi untuk lari dari dunia yang hipokrit.aku cukup bosan dan sungguh lelah untuk meneruskan lagi..Bagi ku biar sampai disini..biar ia berakhir menuju hala yang lain..Pasti ada sinar di penghujung tangisan ku ini..

Monday 21 February 2011

Apabila tubuhku di ratah..

Aku pernah membayangkan...kehidupan ku tanpa akhirat..Dunia adalah tempat ku berpijak..dan aku hidup di dunia ini selama-lamanya..Pasti bagi ku payah untuk ku tinggalkan kegembiraan dunia ini..kelalaian hidup ku di dunia ini..Andainya aku seorang yang tidak patuh pada agamaku..tidak patuh pada tuhan ku..tidak patuh pada ajaran nabi  ku..tidak patuh pada ibu bapa ku..Adakah aku masih mampu tersenyum girang dan pasti kehidupan ku di dunia lain bahagia?..sama seperti kehidupan ku di dunia ini..Apabila ajal ku sampai..Apabila malaikat sampai pada tepat masanya untuk menjemputku..Pastikah aku sudah bersedia untuk pergi..Adakah dunia ku yang baru itu..memberi kebahagiaan kepada diriku...???...Setelah aku disemadikan..aku ditinggal kan keseorangan..Mana Kawan2 ku?!!...mana kegembiraan ku..??..Aku ditemani oleh binatang2 yang liar...datang menemani ku...datang meratahku...meratah tubuhku...Ibu!..Ayah!...Alangkah sakitnya..kejamnya KAu menghukumku ya Allah..Aku ingin pulang..!ingin melaksanakan perintah mu..Kesakitan yang teramat-amat...Andai ku tahu..Tubuhku akan diratah sebegini pasti aku akan membawa bekalan dan amalan ku di duniawi..Na'uzubillah

Sunday 20 February 2011

kerana Allah bersamamu...Insyaallah


andainya kau rasa tak berupaya
hidup sendirian tiada pembela
segalanya suram bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan
jangan lah berputus asa
kerana Allah bersama mu..
Insyaallah...ada jalanNya...
Andainya usia mu berbulan lagi..
bagai tiada peluang untuk kembali
tika keliru atas kesilapan lalu..
membelengui hati dan fikiranmu..
jangan lah berputus asa 
kerana Allah bersama mu..
Insyaallah...ada jalanNya
kembalilah kepada yang Esa..
Yakin padaNya..
Dekatkanlah doamu ya Allah..
bila daku dari tersasar..
tunjukkan daku jalan yang tenang..
Insyaallah .....ada jalanNya

~mahir zein





 

Dimana terletaknya SYURGAku..

...'Adam dan Hawa adalah penghuni syurga dan telah hidop bahagia dsitu..Akibat secalit kemungkaran yang telah dilakukan mereka di hukum turun ke bumi'..Sudah tertulis bagi ku hidop di dunia ini..Dunia yang begitu indah..adanya siang dan malam,bulan dan bintang..Pernah aku membace sebuah tajuk' syurga seorang wanita' di sebuah artikel..Lahirnya diri kite sebagai umat Allah,,dunia adalah persinggahan kite..Syurga adalah tempat kite..Aku sebagai seorang anak yang pastinya syurga terletak di bawah telapak kaki ibu ku..mengapa tidak di bawah telapak kaki ayah ku??..satu persoalan yang telah aku ketemui jawapannya..Bagi ku,Sepandai mana kite,sejauh mana kite pergi..Pasti pada ibu kite akan kembali..pada ibu kite akan pulang..Menjadi seorang anak bukan mudah bagi ku..aku harus mematuhi ibubapa ku,aku harus menjaga nama baik mereka,perlu menjaga dan membalas budi mereka apabila ku dewasa kelak..yang pasti kini syurga ku di telapak kaki ibu ku...TAPI apabile aku melangkah ke satu dunia yang lain..dgn status sbg seorang isteri..Dimanakah terletaknya syurgaku??.sudah tertulis dan pasti dibawah telapak kaki suami ku ini...tanggungjawab sbg seorg anak beralih kepada seorang isteri dan ibu..Tidak kire sebesar mana pangkat ku,sekuat mana pengaruh ku,setinggi mana pujian terhadap ku..Aku ttp berada di bwah telapak kaki suami ku..kerana aku pasti di situ lah terletaknya syurga ku yang hakiki..

Islam Agama ku..

Sebut mengenai agama..pasti mudah untuk menjawab dan mengakui diri sebagai umat islam..Islam agama ku,Allah swt itu tuhan ku,Rasul dan nabi junjungan ku,al-Quran kitab ku,sunnah sebagai pedomanku..Bangga kite mengakui semua itu..Tapi banggakah  kita dengan perlakuan diri kite sebagai umat islam..Langsaikah kite dengan segala suruhanNya?..pastikah syurga adalah tempat kite atau neraka sbg singgah sana kita?..Aku bukan ustazah atau pakar motivasi..Tapi aku adalah umat nabi,hamba Allah yang kadang2 leka terhadap kehidupan duniawi..bagi diriku,aku bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya..Aku sungguh bersyukur aku masih boleh bernafas,boleh tersenyum,makan dan melihat dunia..Tapi adakah aku membalas syukur ku kehadrat Illahi?..Allah itu maha pengampun..Aku berasa malu pijak dibumi Allah,malu menggunakan segala kurniaanNya..Sedangkan aku leka terhadapNya..leka melakukan ibadahNya..leka mengucap syukur..leka bahawa jasad ku adalah pinjaman dariNya..Subhanallah..

Saturday 19 February 2011

Kesakitan yang ditangung oleh insan bergelar HAWA

  1. Kesakitan dari segi pendengaran terpaksa mendengar segala fitnah dan tomahan menjadi anak gadis,isteri atau janda.
  2. Kesakitan dari segi fizikal apabila di dera sebagai anak kecil yang tidak tahu apa-apa dari mereka yang tidak berguna..Menjadi mangsa rogol oleh manusia yang bersifat binatang.
  3. Kesakitan dari segi zahir dan batin bagi wanita yang telah berkahwin dan ditinggalkan tanpa sebab bertahun2..dibiarkan hidop tanpa se sen dan sehelai baju baru.
  4. Kesakitan dari segi emosi dan perasaan apabila ditakdirkan menjadi balu apabila suami yang disayangi meninggal tanpa harta dan tempat berlindung..Tepaksa menjadi bapa dan ibu dalam mendidik dan menyara kehidupan.
  5. Kesakitan apabila menjadi gadis yang telah baligh..Kesakitan yang teramat setiap bulan.
  6. Kesakitan dalam berlawan dngan ajal ketika sedang melahirkan anak ke dalam dunia ini.
  7. Kesakitan hati apabila anak2 membesar dan hidop dalam kancah maksiat,yang bebas pergaulannya..
  8. Kesakitan apabila malaikat datang menjemputnya..Kesakitan yang tiada tandingan untuk melepaskan suami dan anak2 tersayang.

Andai ku tahu jodoh dan ajal ku..

Andai ku mampu menjawab segala persoalan mereka terhadap diri ku..pasti mudah bagi ku,untuk mereka fahami aku..Tidak perlu untuk menghurauikan segala fakta dan menyampaikan hujah2 ku..Setiap manusia ada kehidupannya..ada jalannya sendiri..Sama seperti aku..aku tak pernah terfikir apa yang akan terjadi pada diriku..dan siapakah aku akan diketemukan..Hidop seperti kite menaiki keretapi..setiap perhentian kite pasti akn berhenti..Ada kalanya kite sudah mengetahui hala tuju hidop ini..kadang kala kite terlepas dari 1 steyen..haluan yang tidak pasti kite tempuhi..Aku sering di ajukan soalan yang agak menakotkan dan soalan yang mungkin aku tidak tahu jawapannya..."Bile nak kahwin'?..andai ku tahu jodoh ku..pasti sudah ada jawapan bagi setiap persoalan..Begitu juga "knape leh jadi macam tu'..Andai ku pasti akan terjadi..dan ajal hampir datang..mungkin aku mampu menjawabnya..TAPi...aku tak mampu menjawab soalan itu..bukan maksud ku untuk beralih topik..Tetapi....andai ku tahu...pasti mudah untuk ku mengetahui segala aturan dan urusanNya..

kelahiran ku sebagai anak,gadis dan wanita

Setelah payah selama 9 bulan ibu ku megendongku,...akhirnya,pada pagi subuh..dan jatuh pada hari mulia hari segala penghulu hari jumaat..Pada pukul 6.35,tanggal 7/7..aku di lahirkan..Aku dilahirkan sebagai seorang anak perempuan dalam kehidupan ibubapa ku..Aku pasti ada hikmah di sebalik kejadian..dan aku bersyukur menjadi puteri di dalam keluarga ku..Sikap ku tidak seperti anak kecil yang lain..Aku agak pemalu tapi lasak..Kata ibu ku aku sungguh baik dan tidak membawa masalah dalam membesarkan ku..Sungguh bahagia bila ku mendengar ungkapan seperti itu..Aku seperti di hargai dan di alu-alukan wujud di muka bumi ini..Alhamdulillah..tiada bezanya antara anak yang di lahirkan itu laki-laki atau perempuan..yang pasti segala kejadian dan makhluk adalh sebak-baik dan sempurna adalah manusia..Aku membesar dalam keluarga yang jauh lebih baik mungkin?..Hidopku yang dibesarkan dengan ibu yang di gelar ibu tunggal banyak kepayahan yang aku lalui..mungkin ada tercalit rase,isi hati ibu ku mengapa die dilahirkan sebagai seorang perempuan..Besar dugaanya, menjadi ibu tunggal dan menjaga 2 org puteri..Mungkin ibu tidak pernah mahu kehidupan ku sepertinya..itu lah takdir ku..Aku dilahirkan sebagai anak,gadis dan wanita..,

Friday 18 February 2011

Insyaallah.. ada jalannya

Semua orang di dalam dunia nie di duga dengan pelbagai masalah..Setiap hambaNya diberi dugaan yang teramat besar..Kadang-kadang kite sebagai manusia,rasa tak mampu untuk menampung dugaan itu..Tapi aku percaya Allah lebih mengetahui umatNya..Allah lebih tahu apa yang akan terjadi..Aku ingin berkongsi kisah silam aku..dimana bagi aku pada saat tu begitu payah untuk aku lepasi,kenangan pahit yang mungkin bagi kaum wanita untuk tempuhi..Tapi aku pasrah dengan apa yang terjadi..Ada hikmah disebaliknya..Bagi aku memberi banyak pengajaran tentang kehidupan..Mungkin bg aku ketika itu aku tak mampu untuk atasi..aku hilang harapan dan kepercayaan..dan aku mula mendekati Allah swt..Aku banyak meminta pertolonganNya..Setiap doa dan air mata ku..Hanya yang diatas maha mengetahui dan maha mendengar..Aku percaya setiap musibah yang diturunkan terhadap diri ku adalah bagi memperingatkan aku tentang kebesaranNya,kelalaian aku di dunia..dan aku bersyukur pintu hati ku masih terbuka untuk melakukan kebaikan terhadap insan lain..aku pasti dan Insyaallah ada jalannya bagi setiap perkara yang berlaku..

Thursday 17 February 2011

siapa aku?

Aku seorang gadis yang berumur 22 tahun.Hidup di bandar besar.Keluarga aku tak besar mana.Aku anak kedua dari 3 adik beradik.Aku belajar di kolej swasta.Ape yang aku nak buat dalam hidop aku adalah membantu diri aku dan orang lain untuk berjaya dan dapat memberi inspirasi terhadap gadis2 di luar sana.Aku suka melihat,memerhati dan mendalami ape perkara yang berlaku di sekeliling aku.Kadang2 juga aku dapat belajar dan memahami segala tindak tanduk manusia lain..Mungkin itu anugerah yang diberikan olehNya.